Kelas Multimedia - Grafik

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2019 yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu grafik kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai laman web berkaitan dengan multimedia yang digunakan untuk mengedit grafik.

Kelas grafik ini menggunakan laman web yang dikenali sebagai Canva.com yang dikhususkan untuk membuat logo samada untuk persembahan, pengiklanan, cover Facebook, poster, jemputan dan lain-lain lagi. Peserta dapat mempelajari pelbagai jenis teknik persembahan yang dapat membuat poster menjadi lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali